1.Siapakah yang layak memohon Surat Jaminan Hospital Pelajar?
Semua pelajar tempatan UTHM yang berstatus Aktif.
2.Bolehkah saya menerima rawatan di hospital swasta?
Tidak boleh. Pelajar hanya layak mendapatkan kemudahan rawatan di Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Pusat Kesihatan Universiti.
3. Apakah kelayakan wad sekiranya saya dimasukan ke wad?
Universiti hanya menanggung perbelanjaan wad Kelas Dua atau yang lebih rendah.
4. Bagaimanakah jika saya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan tetapi saya tidak mengemukakan Surat Jaminan Hospital?
Pelajar yang tidak mengemukakan Surat Jaminan Hospital semasa ditahan di hospital kerajaan, perlu mendahulukan bayaran rawatan.
Walau bagaimanapun, kos rawatan hospital boleh dituntut oleh pelajar kepada Pusat Kesihatan Universiti, dengan mengemukakan resit asal.
Namun begitu, tuntutan ini hanya dipertimbangkan bagi rawatan yang pelajar layak sahaja.