Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diluluskan penubuhannya pada 1 Januari 2003 oleh Jawatankuasa Eksekutif KUiTTHO yang bersidang pada 29 November 2002. Perubahan-perubahan ke atas fungsi dan struktur HEP telah berlaku dan pada 1 Februari 2017, unit-unit yang terdapat dalam Pejabat Hal Ehwal Pelajar adalah seperti berikut
BAHAGIAN PENTADBIRAN dan KEWANGAN (BPK)
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK) terbahagi kepada 3 unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Kewangan dan Unit Aset
Unit Pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM menguruskan hal ehwal Pentadbiran am dan sumber manusia pejabat. Ia termasuklah bertanggungjawab menguruskan rekod/fail pejabat, cuti, memantau kursus/latihan, penilaian prestasi dan aduan SACAD,dan lawatan pihak luar.
Selain itu Bahagian Pentadbiran juga menguruskan perkhidmatan kaunter, tempahan bilik mesyuarat, dan terimaan surat/bungkusan, pengurusan kualitii, pengurusan ruang
BAHAGIAN KEBAJIKAN dan KESEJAHTERAAN PELAJAR (BKKP)
Bahagian Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar (BKKP) terbahagi kepada dua Unit iaitu Unit Penajaan dan Unit Kebajikan dan Oku
BAHAGIAN KEPIMPINAN dan AKTIVITI PELAJAR (BKAP)
Unit Kepimpinan dan Aktiviti adalah sebuah unit di bawah Bahagian Kepimpinan dan Aktiviti Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar (BKAP PHEP) yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program kepimpinan serta aktiviti bagi mahasiswa UTHM Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UTHM untuk melahirkan graduan holistik yang berketerampilan daripada segi akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah |
BAHAGIAN PENGANGKUTAN PELAJAR (BPP)
Bahagian Pengangkutan Pelajar (BPP) terbahagi kepada dua unit Iaitu Unit Pengangkutan Kontrak dan Unit Pengangkutan Universiti. BPP Menyediakan perkhidmatan bas kepada pelajar daripada Kolej Kediaman Kampus Induk/Bandar untuk ke Kampus UTHM. Ini adalah termasuk perkhidmatan bas daripada Kolej Kediaman di UTHM Kampus Cawangan Pagoh ke Kampus Pagoh
Selain itu, BPP juga bertanggungjawab terhadap menguruskan perkhidmatan bas kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti, sama ada menggunakan kenderaan universiti ataupun meggunakan kenderaan yang disewa daripada pihak luar
Copyright © 2020 Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM
Powered by YOOtheme.
Maklumat Pentadbir Laman Sesawang:
Encik Syed Mohammad Firus bin Syed Abdul Aziz
07 - 4564015