Skip to main content

SOALAN LAZIM

Kemaskini Pada: 06 Oktober 2024

Surat Jaminan Hospital

1.Siapakah yang layak memohon Surat Jaminan Hospital Pelajar?

   Semua pelajar tempatan UTHM yang berstatus Aktif.

2.Bolehkah saya menerima rawatan di hospital swasta?

   Tidak boleh. Pelajar hanya layak mendapatkan kemudahan rawatan di Hospital Kerajaan, Hospital Universiti dan Pusat Kesihatan Universiti. 

3. Apakah kelayakan wad sekiranya saya dimasukan ke wad?

   Universiti hanya menanggung perbelanjaan wad Kelas Dua atau yang lebih rendah.

4. Bagaimanakah jika saya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan tetapi saya tidak mengemukakan Surat Jaminan Hospital?

    Pelajar yang tidak mengemukakan Surat Jaminan Hospital semasa ditahan di hospital kerajaan, perlu mendahulukan bayaran rawatan.

    Walau bagaimanapun, kos rawatan hospital boleh dituntut oleh pelajar kepada Pusat Kesihatan Universiti, dengan mengemukakan resit asal.

    Namun begitu, tuntutan ini hanya dipertimbangkan bagi rawatan yang pelajar layak sahaja.

Perkhidmatan Bas Di Kampus

1. Adakah perkhidmatan bas disediakan untuk pergerakan pelajar daripada kolej kediaman ke kampus/fakulti ?

    Perkhidmatan bas disediakan untuk pergerakan pelajar daripada kolej kediaman ke kampus/fakulti. Sila rujuk Jadual Perjalanan Bas yang disediakan.

2. Adakah perkhidmatan bas disediakan bagi mahasiswa Muslim untuk menunaikan ibadah Solat Jumaat di Masjid UTHM?

   Tiada kenderaan khusus yang disediakan untuk ke Masjid UTHM. Namun begitu, kenderaan ke kampus daripada kolej kediaman tetap dijalankan pada hari Jumaat

   dan Sabtu. 

3. Adakah pelajar dibolehkan membuat tempahan kenderaan universiti untuk melakukan aktiviti di luar UTHM?

    Boleh dengan syarat aktiviti tersebut telah melalui proses kelulusan kertas kerja.

Maklumat Pegawai Untuk Dihubungi

Dengan Siapa Saya Perlu Hubungi Jika Saya Mempunyai Sebarang Pertanyaan Terhadap Perkhidmatan Berkaitan Di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM?

 Perkara  No. Telefon 
 Pentadbiran / Kewangan  : 07-456 4111 / 07-453 3438 / 07-456 4018
 Kebajikan Pelajar  : 07-4564008 / 07-4533455 
 Penajaan / Biasiswa Pelajar  : 07-4564016 / 07-4533455
 Aktiviti / Program Pelajar   : 07-453 3438 / 07-4533468
 Pengangkutan Pelajar  : 07-4533455