PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UTHM SESI 2020/2021
Pada 04 JANUARI 2021 - Hari Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM Sesi 2020/2021 telah berlangsung pada 04 Januari 2021 secara e-voting. Sesi undian telah bermula pada jam 8.37 pagi dan tamat pada jam 4.37 petang. Seramai 10,078 pelajar mewakili 58.66% daripada keseluruhan 17,530 pelajar yang layak telah mengundi. Seramai 69 calon telah bertanding untuk merebut 33 buah kerusi, di mana 8 kerusi adalah bagi kerusi Umum dan 25 adalah kerusi Fakulti. Kesemua kerusi yang dipertandingkan meliputi Kampus Induk Parit Raja dan Kampus Cawangan Pagoh
EDARAN SIM KAD PELAN DATA CELCOM
Tahniah diucapkan kepada 500 pelajar yang berkeperluan terpilih menerima SIM Kad Pelan Data Celcom pada agihan pelan data pelajar Fasa 2. Pengaktifan SIM kad bermula 18 Januari 2021 selama tempoh empat (4) bulan. Terdahulu seramai 4,400 pelajar telah menerima SIM kad YES secara percuma dalam agihan pelan data Fasa 1 yang telah dilaksanakan mulai Oktober 2020. Semoga dengan bantuan yang diberikan ini, pelajar terus kekal positif untuk mengikuti pengajaran secara dalam talian di mana sahaja pelajar berada sehingga berjaya.