Tentang Pejabat Hal Ehwal Pelajar 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diluluskan penubuhannya pada 1 Januari 2003 oleh Jawatankuasa Eksekutif KUiTTHO yang bersidang pada 29 November 2002. Perubahan-perubahan ke atas fungsi dan struktur HEP telah berlaku dan pada 1 Februari 2017, unit-unit yang terdapat dalam Pejabat Hal Ehwal Pelajar adalah seperti berikut

BAHAGIAN PENTADBIRAN dan KEWANGAN (BPK)

Kemaskini : 23 Julai 2020

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPK) terbahagi kepada 3 unit iaitu Unit Pentadbiran, Unit Kewangan dan Unit Aset

Unit Pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM menguruskan hal ehwal Pentadbiran am dan sumber manusia pejabat. Ia termasuklah bertanggungjawab menguruskan rekod/fail pejabat, cuti, memantau kursus/latihan, penilaian prestasi dan aduan SACAD,dan lawatan pihak luar.

Selain itu Bahagian Pentadbiran juga menguruskan perkhidmatan kaunter, tempahan bilik mesyuarat, dan terimaan surat/bungkusan, pengurusan kualitii, pengurusan ruang

BAHAGIAN KEBAJIKAN dan KESEJAHTERAAN PELAJAR (BKKP) 

Kemaskini : 23 Julai 2020

Bahagian Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar (BKKP) terbahagi kepada dua Unit iaitu Unit Penajaan dan Unit Kebajikan dan Oku

BAHAGIAN KEPIMPINAN dan SAHSIAH PELAJAR (BKSP) 

Kemaskini : 23 Julai 2020

Bahagian Kepimpinan dan Sahsiah Pelajar (BKSP) terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Kepimpinan dan Aktiviti dan Unit Sahsiah dan Aktiviti

 Unit Kepimpinan dan Aktiviti adalah sebuah unit di bawah Bahagian Kepimpinan dan Sahsiah Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar (BKSP PHEP) yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program kepimpinan serta aktiviti bagi mahasiswa UTHM

Unit Sahsiah dan Aktiviti adalah sebuah unit di bawah Bahagian Kepimpinan dan Sahsiah Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar (BKSP PHEP) yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program pembangunan sahsiah dan kerohanian pelajar mahasiswa UTHM

Ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UTHM untuk melahirkan graduan holistik yang berketerampilan daripada segi akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah

BAHAGIAN PENGANGKUTAN PELAJAR (BPP)

Kemaskini : 23 Julai 2020

Bahagian Pengangkutan Pelajar (BPP) terbahagi kepada dua unit Iaitu Unit Pengangkutan Kontrak dan Unit Pengangkutan Universiti. BPP Menyediakan perkhidmatan bas kepada pelajar daripada Kolej Kediaman Kampus Induk/Bandar untuk ke Kampus UTHM. Ini adalah termasuk perkhidmatan bas daripada Kolej Kediaman di UTHM Kampus Cawangan Pagoh ke Kampus Pagoh

Selain itu, BPP juga bertanggungjawab terhadap menguruskan perkhidmatan bas kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti, sama ada menggunakan kenderaan universiti ataupun meggunakan kenderaan yang disewa daripada pihak luar

HUBUNGI KAMI :
Pejabat Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

  • Pentadbiran / Kewangan  :  07-456 4111 / 07-453 3438
  • Kebajikan / Penajaan       :  07-453 3438 / 07-456 4111
  • Aktiviti / Program              :  07-453 3468
  • Pengangkutan                  :  07-453 3438 / 07-453 7161

Copyright © 2020 Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM
Hak Cipta Terpelihara

Powered by YOOtheme