MUTIARA KATA PENGARAH

Salam Ukhuwah dan Selamat Datang kepada YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan kerana sudi melayari halaman Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pejabat HEP merupakan tunjang utama yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian di universiti. Saya amat menggalakkan semua pelajar mengambil kesempatan semaksima yang mungkin dengan menimba ilmu pengetahuan sama ada menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran, mahupun aktiviti ko-kurikulum di universiti. Persaingan sengit graduan universiti masa kini menuntut semua pelajar agar lebih kreatif untuk membangunkan potensi diri serta meningkatkan kemahiran insaniah ke arah menjadi graduan yang cemerlang dan berdaya saing. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar UTHM. Semoga segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran keberkatan serta memberi manfaat yang berterusan kepada agama, bangsa dan Negara

Mahasiswa Kreatif, Perkukuh Daya Saing

Hawa Omar
Pengarah
Pejabat Hal Ehwal Pelajar 

HUBUNGI KAMI :
Pejabat Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

  • Pentadbiran / Kewangan  :  07-456 4111 / 07-453 3438
  • Kebajikan / Penajaan       :  07-453 3438 / 07-456 4111
  • Aktiviti / Program              :  07-453 3468
  • Pengangkutan                  :  07-453 3438 / 07-453 7161

Copyright © 2020 Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM
Hak Cipta Terpelihara

Powered by YOOtheme