Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuka permohonan penajaan bagi Ijazah Pertama iaitu Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2024 bermula 29 Februari 2024 sehingga 7 April 2024. Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dan perlu mematuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini dilampirkan poster PIDN 2024 untuk bantuan hebahan di peringkat institusi YBhg. Datin/Tuan/Puan sewajarnya.
Setelah tempoh permohonan program ditutup kelak, Jabatan ini akan membuat pengesahan maklumat akademik dengan institusi yang berkaitan. Sehubungan itu, sebagai makluman awal, Jabatan ini memerlukan bantuan dan kerjasama pihak YBhg. Datin/Tuan/Puan bagi tujuan pengesahan maklumat akademik pemohon kelak. Maklumat tersebut amat diperlukan kerana ia merupakan salah satu kriteria pemilihan pelajar-pelajar berkelayakan untuk ditindik sebagai penerima penajaan JPA.
Segala perhatian dan kerjasama awal pihak YBhg. Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.