BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN (BPK)

UNIT PENTADBIRAN

Bahagian Pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM menguruskan hal ehwal pentadbiran am dan sumber manusia pejabat.

Ia termasuklah bertanggungjawab menguruskan rekod/fail pejabat, cuti, memantau kursus/latihan, penilaian prestasi dan aduan daripada Sistem Saluran Aduan Dan Cadangan Dalaman (SACAD).

Selain itu, Bahagian Pentadbiran juga menguruskan perkhidmatan kaunter, tempahan bilik mesyuarat, dan terimaan surat/bungkusan, pengurusan kualiti dan pengurusan ruang

UNIT KEWANGAN DAN ASET

SISTEM SALURAN ADUAN dan CADANGAN DALAMAN (SACAD)

SACAD ialah sebuah aplikasi atas talian yang dibangunkan untuk warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi membuat aduan atau cadangan kepada pihak pentadbiran universiti. SACAD merupakan satu media bagi pelanggan memberi komen dan cadangan yang dapat mempertingkatkan kecekapan dan penambahbaikan sistem urus tadbir universiti. Penyaluran aduan dan cadangan adalah sangat penting bagi mendapatkan maklum balas dari perkhidmatan yang telah diberikan. Pihak Sekretariat berperanan untuk merancang dan memantau semua aktiviti berkaitan aduan dan cadangan dalaman universiti supaya segala kekurangan dan kelemahan akan dapat diatasi serta peningkatan kualiti perkhidmatan dapat dilakukan dari semasa ke semasa. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan melalui pekeliling yang mewajibkan semua agensi kerajaan mewujudkan satu sistem yang mampu merancang dan memantau aduan serta cadangan dari pihak pengguna berkaitan pengurusan dan pentadbiran organisasi

HUBUNGI KAMI :
Pejabat Hal Ehwal Pelajar,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

  • Pentadbiran / Kewangan  :  07-456 4111 / 07-453 3438
  • Kebajikan / Penajaan       :  07-453 3438 / 07-456 4111
  • Aktiviti / Program              :  07-453 3468
  • Pengangkutan                  :  07-453 3438 / 07-453 7161

Copyright © 2020 Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM
Hak Cipta Terpelihara

Powered by YOOtheme