• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

PUSAT SUMBER

. Posted in Blog

Bahagian ini diwujudkan khas untuk para pengunjung web ini mendapatkan informasi dan juga maklumat tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

Maklumat yang boleh dimuat turun di salah satu bahagian membolehkan capaian dihasilkan bagi memudahkan pengurusan pelajar dari semua aspek seperti akademik, kebajikan pelajar dan juga dari segi kokurikulum seperti penempahan bilik mesyuarat dan juga hal berkaitan ptptn yang amat sinonim dengan pelajar.

AKTIVITI KELAB/PERSATUAN PELAJAR

KEMUDAHAN DAN PENGURUSAN SUMBER

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEGIATAN PELAJAR

Print

PENGURUSAN AKTIVITI PERSATUAN

. Posted in Blog

 1. Apa maksud pertubuhan kelab dan persatuan pelajar yang berdaftar?  
   Pertubuhan kelab dan persatuan pelajar yang berdaftar ialah kelab dan persatuan yang telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
   
2. Bagaimanakah cara untuk menubuhkan sebuah kelab dan persatuan pelajar yang baru?
  Perlu mengemukakan senarai penaja dan ahli kelab, Kertas Kerja Jawatankuasa Eksekutif Bagi Penubuhan Kelab dan Persatuan Pelajar dan perlembagaan kelab untuk dikemukakan ke Jawatankuasa Eksekutif Universiti untuk pertimbangan.
   
3. Apa keistimewaan yang diperolehi oleh setiap kelab dan persatuan pelajar yang berdaftar?
  Setiap kelab dan persatuan pelajar yang berdaftar mendapat keistimewaan dengan memperolehi peruntukan untuk menganjurkan program, di samping diberikan keistimewaan untuk menggunakan fasiliti Universiti tanpa caj bayaran.
   
4. Siapakah yang meluluskan kertas kerja program kelab dan persatuan pelajar?
  a. Persatuan yang memohon bantuan kewangan kurang daripada RM1,000.00, kertas kerja perlu dikemukakan kepada Dekan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P) melalui Pejabat HEP bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan selewat-lewatnya sebulan sebelum program.
   
  b. Persatuan yang memohon bantuan kewangan melebihi RM1,001.00 dan ke atas, kertas kerja perlu dikemukakan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) melalui Pejabat HEP bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh program.
   
 5. Bagaimanakah kaedah perolehan kewangan program?  
  Secara umumnya, pembelian barang dan perkhidmatan yang kurang daripada RM500.00, Pengarah Program perlu mendapatkan sebutharga dan invois daripada pembekal yang berdaftar dengan Universiti untuk proses pembayaran. Manakala untuk pembelian barang dan perkhidmatan yang melebihi RM501.00 perlu menggunakan Local Order/Pesanan Tempatan. Bagi proses pembayaran, pengarah program perlu mendapatkan tandatangan dan cop pembekal pada Local Order/Pesanan Tempatan dan invois serta mendapat pengesahan dari Pegawai HEP.
  Sila rujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil. 5/2009, Tatacara Perolehan Bekalan, Perkhidmatan Dan Kerja Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Pekeliling Bendahari Bil.14/2008, Garis Panduan Kewangan Bagi Melaksanakan Program / Aktiviti Pelajar bersama pindaan-pindaannya bagi maklumat lanjut mengenai tatacara perolehan program yang menggunakan bantuan kewangan Universiti.
   
6. Berapa hari diperlukan untuk menyediakan laporan program dan apakah maklumat yang perlu disediakan?
  Pengarah program perlu mengemukakan laporan program selewat-lewatnya 14 hari selepas tamat program. Maklumat yang perlu disediakan ialah laporan bertulis perjalanan program berserta 4 keping gambar, serta perlu menyediakan analisa lengkap penilaian program. Pengarah program juga perlu mengisi maklumat pada Borang Laporan Aktiviti Pelajar (Kelab/Persatuan/Sekretariat) untuk penjanaan nama peserta di dalam Transkrip Aktiviti Pelajar.
   
7. Bagaimanakah prosedur untuk membuat tempahan ruang dan peralatan, tempahan dewan kuliah, tempahan kenderaan, tempahan percetakan dan cenderamata dari Pejabat Perhubungan Awam UTHM?
  Semua tempahan hendaklah diuruskan dengan pejabat-pejabat yang bertanggungjawab berkaitan perkhidmatan tersebut  dan perlu disertakan dengan kertas kerja yang telah diluluskan. Setiap tempahan perlu disemak dan diperakui oleh Pegawai Pejabat HEP
   
8. Bagaimanakah prosedur untuk menyediakan banner, bunting, poster dan bahan promosi lain?
  Persatuan akan menyediakan sendiri segala bentuk bahan promosi program yang diluluskan. Semua rekabentuk dan kandungan bahan berkaitan perlu disemak dan diperakui oleh Pegawai HEP kemudian dikemukakan kepada Unit Komunikasi Korporat Pejabat Naib Canselor unutk pertimbangan dan kelulusan bahan sebelum dicetak atau diedarkan.

Disediakan oleh

Bahagian Pengurusan Organisasi dan Aktiviti Pelajar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Januari 2015