Print

PENTADBIRAN PERTUBUHAN PELAJAR

. Posted in Uncategorised

Pendahuluan   
 

a.

Kegiatan pelajar ialah satu proses jangka panjang bagi memberikan pendedahan dan modal insan untuk pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar dengan mengadakan aktiviti yang tidak terbatas kepada bidang akademik sahaja. Pelajar akan didedahkan dengan kegiatan sosial dan kemasyarakatan melibatkan warga kampus dan masyarakat luar. 

 

b.

Namun begitu, kegiatan badan pelajar adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Akta 30 (pindaan) 2009. 

 

c.

Kelab atau Badan Pelajar yang didaftarkan di Pejabat HEP akan ditadbir oleh seorang Pegawai Universiti sepenuh masa yang mempunyai kuasa dan fungsi yang telah ditentukan oleh Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor untuk mentadbir badan pelajar. 

  d. Pihak berkuasa Badan Pelajar bertindak seperti berikut:
   
  • Mengawal selia kegiatan pelajar.
  • Menghadiri atau mengawal perjalanan mesyuarat badan pelajar, Majlis Eksekutif dan Jawatankuasa Ad-Hoc.
  • Meminta badan pelajar bertindak atas sesuatu atau memberi apa-apa arahan atau petunjuk sebagaimana difikirkan perlu seperti yang diarahkan oleh Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (HEPA).
  • Mentadbir pengurusan badan pelajar seperti permohonan menubuhkan Badan Pelajar, Perlembagaan Badan Pelajar, permohonan keahlian dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh statut.