• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

PELANTIKAN PENASIHAT KELAB

. Posted in Uncategorised

PELANTIKAN PENASIHAT KELAB

1.0       Tujuan

Prosedur ini disediakan untuk menerangkan proses pemilihan dan pelantikan penasihat Kelab/Persatuan.

2.0       Skop

Semua kelab atau persatuan yang berdaftar di Pejabat Hal Ehwal Pelajar perlu menggunakan kaedah ini.

3.0       Tanggungjawab

3.1        Kelab/Persatuan pelajar bertanggungjawab mencadangkan/mencalonkan nama penasihat kepada Pejabat HEP.

3.2        Pejabat HEP bertanggungjawab melantik dan memantau proses pemilihan Penasihat kelab.

3.3        Timbalan Naib Canselor (HEPA) bertanggungjawab meluluskan pelantikan Penasihat kelab.

4.0       Prosedur Terperinci

4.1        Terima surat dari kelab/persatuan pelajar dan luluskan tarikh untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

4.2        Terima 3 senarai nama beserta dengan latar belakang calon untuk pertimbangan HEP

4.3        Beri nasihat dan perakukan kepada persatuan. Pastikan agenda pemilihan penasihat dimasukkan dalam agenda Mesyuarat Agung pada tarikh yang dipersetujui.

4.4        Dapatkan minit mesyuarat Agung Persatuan/kelab sebagai bukti ahli-ahli telah menerima usul perlantikan penasihat tersebut.

4.5        Sediakan surat perlantikan pada penasihat yang dipilih di samping memaklumkan tugas penasihat.

5.0       Rujukan

5.1        Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971

5.2        Kaedah Tatatertib Pelajar UTHM2009.

6.0       Panduan Memilih Penasihat Kelab/Persatuan

6.1        Kriteria memilih Penasihat Kelab/Persatuan

  • Terdiri dari staf UTHM Gred 27 dan ke atas atau memiliki kelayakan profesional yang berkaitan dengan kelab tersebut.
  • Mempunyai minat yang tinggi dalam kegiatan pelajar.
  • Memiliki pengetahuan dan kepakaran dalam bidang berkaitan.
  • Sanggup memberi komitmen terhadap aktiviti yang dijalankan.
  • Tidak mengganggu tugas-tugas jawatan hakiki.
  • Tidak mempunyai kepentingan peribadi.

6.2        Tanggungjawab Penasihat Kelab

  • Penasihat memberi khidmat nasihat memastikan kegiatan dan pengisian pro­gram tersebut sesuai dan berkualiti.
  • Menyumbang idea dan memberi nilai tambah  kepada program pelajar.
  • Memastikan kegiatan tidak bercanggah dengan peraturan universiti.
  • Membimbing ahli-ahli persatuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.

6.3        Perkara-perkara yang dilarang

  • Menggunakan kelab/persatuan untuk kepentingan peribadi atau kecenderungan politik seperti yang dilarang dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti dan di luar kepentingan ahli-ahli kelab.
  • Mengawal, memaksa dan mengarah kelab untuk mengadakan kegiatan di luar skop kelab dan kemampuan ahli-ahli kelab.
  • Mempengaruhi mana-mana pelajar untuk melakukan kegiatan yang dilarang oleh universiti.

6.4        Tempoh pelantikan adalah tertakluk kepada Pejabat HEP dari tarikh Mesyuarat Agung.