• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

PROSEDUR PENUBUHAN PERSATUAN PELAJAR

. Posted in Uncategorised

1.0       Tujuan

Prosedur ini menerangkan tentang proses yang perlu dilaksanakan untuk menubuhkan sesebuah persatuan pelajar. Penubuhan sesebuah Persatuan Pelajar di UTHM adalah berdasarkan kepada Seksyen 49 (1) Walau apa pun seksyen 48 sah di sisi undang-undang bagi tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar Universiti mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Naib Canselor dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, menubuhkan suatu persatuan pelajar yang terdiri daripada pelajar Universiti bagi memajukan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu Universiti. Subseksyen 48(3), (4), (5), (6), (7), (8), (11), (12) dan (13) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu persatuan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi MPP.

2.0       Skop

Semua persatuan pelajar yang ditubuhkan adalah menggunakan prosedur yang seragam.

3.0       Terminologi

3.1       Borang Permohonan

Borang yang khusus digunakan untuk memohon bagi tujuan menubuhkan Persatuan Pelajar (Borang 1)

3.2       Perlembagaan PersatuanPelajar

Peraturan bertulis mengenai perjalanan sesuatu persatuan pelajar yang dicadangkan untuk ditubuhkan (Borang 2)

3.3       Jawatankuasa Penaja

Terdiri daripada 10 orang atau lebih pelajar yang mengemukakan permohonan menubuhkan Persatuan Pelajar.

4.0       Tanggungjawab

4.1        Pejabat Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menyemak dokumen permohonan untuk menubuhkan Persatuan Pelajar sebelum dihantar kepada Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni).

4.2        Lembaga Pengarah Universiti bertanggungjawab untuk membuat keputusan terhadap permohonan penubuhan sesuatu Persatuan Petajar.

5.0       Prosedur Terperinci

            5.1 Kemuka Permohonan menggunakan Borang Permohonan Penubuhan Persatuan Pelajar dan cadangan Perlembagaan Persatuan Pelajar.            (Jawatankuasa Penaja)

           5.2 Semak maklumat yang diberikan. Sekiranya tidak lengkap atau kurang sempurna, kembalikan untuk tindakan pembetulan. (PP(HEP))

           5.3 KP(HEP) buat penilaian, perakuan dan semakan ke atas borang permohonan.(KP(HEP))

           5.4 Hantar borang permohonan yangtelah lengkap kepada TNC (HEPA) untuk tandatangan (PP/KP(HEP))

           5.5 Majukan permohonan ke Mesyuarat Eksekutif untuk perakuan setelah permohonan disokong TNC (HEPA).(PP TNC (HEPA)

           5.6 Permohonan akan dimajukan ke Lembaga Pengarah Universiti.(Urus setia LPU)

           5.7 Keluarkan surat kelulusan / penolakan kepada jawatankuasa penaja setelah mendapat keputusan Mesyuarat LPU.(Urus setia LPU)

           5.8 Daftarkan pertubuhan bagi permohonan yang diluluskan sahaja. (PP (HEP))

6.0       Rujukan

6.1        Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971.

6.2        Perlembagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

           6.3        Statut Persatuan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.