• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

PROSEDUR KEGIATAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

. Posted in Uncategorised

PROSEDUR KEGIATAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR

1.0       OBJEKTIF

Prosedur ini disediakan untuk menerangkan proses mendapatkan kelulusan Pejabat HEP & Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) untuk menganjurkan kegiatan pelajar.

2.0       TANGGUNGJAWAB

  1. Pejabat HEP bertanggungjawab untuk menyelaras kelulusan penganjuran aktiviti kelab/persatuan pelajar.
  2. Penganjuran kegiatan bagi peruntukan di bawah RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Seribu Sahaja) adalah tertakluk kepada kelulusan Ketua Pejabat (HEP).
  3. Kelulusan bagi kegiatan pelajar yang melibatkan peruntukan lebih daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia : Seribu Sahaja) tertakluk kepada pertimbangan TNC (HEPA) berdasarkan kepada perakuan daripada KP (HEP) dan Bendahari

3.0 PROSEDUR TERPERINCI

3.1       Peruntukan Lebih RM1,000.00

3.1.1     Menerima dan menyemak Borang Permohonan menganjurkan aktiviti pelajar Pejabat HEP (UTHM.HEP/27-2002)(Pindaan 1/2014) (PT (P/O))

3.1.2     Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Penolong Pendaftar yang menyelaras Kelab/Persatuan berkenaan (PT (P/O))

3.1.3.    Menyemak dan menyokong permohonan sebelum dimajukan kepada Ketua Pejabat (HEP) untuk penilaian (Pengetua/Felo/ Penyelaras)

3.1.4.    Memberi penilaian dan ulasan sebelum dimajukan kepada Bendahari (KP (HEP))

3.1.5.    Memberi penilaian dan ulasan sebelum dimajukan kepada TNC (HEPA) (Bendahari)

3.1.6 Membuat keputusan berkaitan permohonan dan peruntukan kewangan untuk kegiatan pelajar. (TNC            (HEPA))

3.1.7     Keluarkan surat pemakluman (Lulus/Gagal) setelah

mendapat keputusan daripada TNC (HEPA) (PP (HEP))

3.2       Peruntukan Kurang RM1,000.00

3.2.1     Menerima dan menyemak Borang Permohonan menganjurkan aktiviti pelajar Pejabat HEP (UTHM.HEP/27-2002)(Pindaan 1/2014) (PT (P/O))

3.2.2     Mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Penolong Pendaftar yang menyelaras Kelab/Persatuan berkenaan (PT (P/O))

3.2.3.    Menyemak dan menyokong permohonan sebelum dimajukan kepada Ketua Pejabat (HEP) untuk kelulusan. (Pengetua / Felo / Penyelaras)

3.2.4.    Membuat keputusan berkaitan permohonan dan peruntukan kewangan untuk kegiatan pelajar. (KP (HEP))

3.2.5     Keluarkan surat pemakluman (Lulus/Gagal) setelah

mendapat keputusan daripada KP HEP (PP (HEP))