• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

TEMPAHAN PERALATAN

. Posted in Uncategorised

TEMPAHAN PERALATAN

1.0       Tujuan

Prosedur bertujuan menerangkan cara-cara untuk menempah peralatan daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

2.0       Skop

Semua aktiviti/persatuan pelajar yang telah diluluskan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dibenarkan mendapat kemudahan ini.

3.0       Tanggungjawab

Pejabat HEP bertanggungjawab memantau dan menyelaras tempahan peralatan di bawah kawalan pejabat.

4.0       Syarat-Syarat

4.1        Tempahan hanya dibenarkan untuk program yang berkaitan dengan aktiviti persatuan/kelab yang diluluskan oleh Pejabat HEP.

4.2        Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh penggunaan dengan mengemukakan borang yang disediakan beserta wang cagaran sebanyak RM 50.00 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja).

4.3        Peralatan dan barang yang dipinjam hendaklah dikembalikan sehari selepas tarikh program tamat. Sekiranya gagal berbuat demikian wang cagaran tidak akan dikembalikan.

5.0       Prosedur Terperinci

5.1

Terima borang permohonan Tempahan Peralatan (UTHM.HEP/01) dengan disertakan surat kelulusan program.

 

Tindakan

PT (P/O)

5.2

Semak senarai penggunaan peralatan. Terima wang cagaran RM50.00 dan daftarkan peminjaman peralatan di dalam Kew.Pa-6         Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori

 

Tindakan

PT (P/O)

5.3

Ambil peralatan pada tarikh yang ditetapkan dan tetapkan tarikh pemulangan.

 

Tindakan

Pelajar

5.4

Terima peralatan semula dan rekod di dalam Kew.Pa-6 Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori dan kembalikan wang cagaran RM50.00 sekiranya gagal dikembalikan, sila hubungi pemohon dan hantar surat peringatan.

 

Tindakan

PT (P/O)

5.5

Rekod dan simpan wang cagaran sekiranya pemohon gagal kembalikan pada masa yang ditetapkan.

 

Tindakan

Pelajar