• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

ELAUN SARA DIRI PELAJAR

. Posted in Uncategorised

ELAUN SARA DIRI PELAJAR

  1. Tujuan
    1. Elaun ini hanya layak dibayar sekiranya kemudahan makan minum, tempat tinggal dan pengangkutan tidak disediakan oleh penganjur.

Prosedur ini disediakan untuk menerangkan proses dan syarat-syarat untuk mendapatkan peruntukan elaun sara diri pelajar.

2.0       Skop

Prosedur ini digunapakai untuk membayar saguhati dan elaun sara diri pelajar yang diarahkan oleh Pejabat HEP atau PTJ yang berkaitan untuk mengikuti program yang tertentu atau kegiatan pelajar yang dianjurkan di luar kawasan Universiti berdasarkan Pekeliling Bendahari 14/2008 (Garis Panduan Kewangan Bagi Melaksanakan Program / Aktiviti Pelajar).

3.0       Syarat-Syarat

3.1        Penyertaan pelajar dalam sesuatu aktiviti yang dianjurkan oleh HEP dan pihak luar tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa universiti.

3.2       Elaun ini hanya layak dibayar sekiranya kemudahan makan minum, tempat tinggal dan pengangkutan tidak disediakan oleh penganjur.

3.3     ElaunMakan

3.3.1 Kadar ElaunMakan bagi program/aktiviti pelajar termasuk sukan adalah sebanyak RM20.00 sehari tertakluk kepada syarat berikut:-

Bil

Kategori

Kelayakan

1

Program/ aktivitilebihdari 24jam

Layakmendapat1(satu)

ElaunMakaniaituRM20.00

2

Program/aktiviti lebihdari8 jamtetapi kurangdari24jam

Layakmendapat½(separuh) dari    Elaun    Makan  iaitu RM10.00

3.3.2     Elaun Makan tidak layak dituntut sekiranya makan disediakan oleh penganjur atau universiti.

3.4     Elaun Penginapan

3.4.1  Kadar Elaun Penginapan bagi program/aktiviti pelajar termasuk sukan adalah sebanyak RM55.00 sehari.

3.4.2   Elaun penginapan tidak akan dibayar secara tunai kepada pelajar.

3.4.3   Universiti akan mengeluarkan Pesanan Tempatan atau membuat bayaran terus kepada pihak berkenaan.

3.4.4 Tiada tuntutan elaun penginapan oleh pelajar atau pengiring sekiranya penginapan telah disediakan oleh penganjur.

3.4.5  Pelajar tidak layak menuntut elaun lojing sepertimana istilah elaun  lojing dalam pekeliling tuntutan rasmi pegawai awam.

3.5     Pengangkutan

Semua program/aktiviti pelajar perlu menggunakan kenderaan Universiti. Sewaan kenderaan luar adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Universiti.

3.5.1     Sekiranya pelajar  diarahkan menyertai program/aktiviti rasmi Universiti semasa dalam cuti semester, pelajar layak menuntut bayaran balik tiket pengangkutan berdasarkan harga tiket sebenar. Keratan tiket perlu dikepilkan semasa membuat tuntutan.

3.5.2  Pejabat HEP boleh menggunakan budi bicaranya untuk meluluskan sejumlah peruntukan yang sesuai dari yang dinyatakan tertakluk kepada peraturan Universiti yang berkuatkuasa.

 3.5.3 Tuntutan yang tidak mempunyai resit tidak akan dibayar kecuali bagi elaun sara hidup yang diberikan mengikut kelulusan yang diberikan dan berdasarkan kepada pekeliling pembayaran yang digunapakai Universiti dari semasa ke semasa.

3.5.4     Segala tuntutan elaun pelajar hendaklah diserahkan ke Pejabat HEP bersama kelulusan dan bukti penyertaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh tamat program.