• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

PROSEDUR PERMOHONAN SUMBANGAN/PENAJAAN DAN MEMUNGUT DERMA

. Posted in Uncategorised

PROSEDUR PERMOHONAN SUMBANGAN/PENAJAAN DAN MEMUNGUT DERMA

1.0       Tujuan

1.1        Memberi penjelasan terhadap tatacara proses permohonan yang perlu disediakan oleh persatuanpelajar bagi mendapatkan kelulusan Naib Canselor.

1.2        Menetapkan skop dan definisi aktiviti permohonan sumbangan/penajaan dan memungut derma yang boleh dijalankan oleh persatuan pelajar di IPTA.

2.0       Skop

Semua kegiatan yang mempunyai aktivitipermohonan sumbangan/penajaan dan memungut derma sama ada melibatkan wang tunai, barangan atau apa sahaja bentuk penajaan.

3.0       Rujukan

3.1        Seksyen 15(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

3.2        Pekeliling Bendahari Bil. 2/2011 Tatacara Pengurusan Sumbangan / Hadiah / Derma di Universiti

 

4.0       Tanggungjawab

4.1        Pegawai Penyelaras bertanggungjawab memberi nasihat kepada pelajar untuk mengikuti tatacara permohonan memungut derma / kutipan wang.

4.2        Pelajar bertanggungjawab menyediakan surat permohonan sumbangan/penajaan dan memungut derma  untuk dikemukakan  kepada Naib Canselor.

  1. Proses Mendapatkan Kelulusan
    1. Semua permohonan perlu dikemukakan melalui Pejabat HEP untuk  mendapat kelulusan Naib Canselor.
    2. Setiap permohonan perlu mengikuti format permohonan yang ditetapkan oleh Universiti.
    3. Setiap permohonan sumbangan/penajaan dan memungut derma bagi program yang diadakan perlu dikemukakan selewat-lewatnya  3 bulan sebelum tarikh program dijalankan .
    4. Pejabat HEP bertanggungjawab memastikan permohonan yang dikemukakan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti sebelum diproses bagi mendapatkan kelulusan Naib Canselor.
    5. Nama IPTA
    6. Tujuan
    7. Maklumat Program
      1. Nama Program
      2. Tarikh dan tempat program
      3. Anjuran
      4. Objektif Program
      5. Justifikasi Mengadakan Program
      6. Matlamat Program
      7. Jenis Program
      8. Jangkamasa Program
      9. Bilangan peserta        -     Nyatakan bilangan peserta dan sertakan senarai nama peserta, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon bimbit peserta program (sertakan dalam kertas kerja).
      10. Senarai ahli jawatankuasa pelaksana program
      11. Tentatif program

6.0       Permohonan sumbangan/penajaan dan memungut derma

6.1

Hantar surat permohonan kepada Naib Canselor dan kertas kerja program ke Pejabat HEP

(Tindakan Pengarah Program)

 

6.2

Terima dan semak permohonan pelajar mengikut format yang ditetapkan Universiti

(Tindakan PP HEP)

 

6.3

Sedia dan kemukakan surat sokongan kepada Naib Canselor (TindakanKP HEP)

 

6.4

Terima surat maklumbalas daripada pejabat Naib Canselor (Tindakan KP HEP / Pengarah Program)

 

6.5

Sediakan surat mohon penajaan kepada pihak penaja melalui Pejabat HEP (Tindakan Pengarah Program)

 

6.6

Terima maklumbalas sumbangan tunai, cek dan barangan daripada pihak penaja (Tindakan Pengarah Program)

 

6.7

Membuat salinan dan menyerahkan semua sumbangan tunai dan cek diterima atas nama NAIB CANSELOR UTHM” kepada Pejabat HEP (Tindakan Pengarah Program)

 

6.8

Menyediakan surat dan senarai terimaan sumbangan tunai dan cek untuk dihantar ke Pejabat Bendahari (Tindakan PP HEP)

 

6.9

Menyediakan rekod perbelanjaan dan tuntutan (sila rujuk Syarat-syarat dan Peraturan Asas menganjurkan Kegiatan Pelajar) (Tindakan Pengarah Program)

 

                                   

Maklumat Yang Diperlukan Bagi Permohonan Kebenaran Memungut Derma / Kutipan Wang Di Bawah Seksyen 15 Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1996)

 

 

Nama Persatuan/Pertubuhan

Nyatakan tujuan kertas kerja ini disediakan iaitu untuk memohon pertimbangan dan persetujuan Naib Canselor atau memohon kebenaran mendapatkan penajaan / kewangan daripada badan-persatuan tajaan.

 

  1. Ulasan Penasihat / Fasilitator beserta tandatangan
  1. Belanjawan
  • Nyatakan sumber kewangan dan anggaran perbelanjaan.
  • Nyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan.
  1. Pandangan daripada agensi yang berkaitan mengikut program yang dicadangkan (jika melibatkan agensi lain).
  2. Kesimpulan
  1. Ringkasan Eksekutif

 

Ringkasan Ekesekutif Bagi Permohonan Kebenaran Memungut Derma / Kutipan Wang Di Luar Kolej Kampus Di Bawah Seksyen 15A Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 Dan Program Pelajar Ke Luar Negara.

 

IPTA

 

TAJUK PROGRAM

 

JENIS PROJEK

 

MATLAMAT DAN PENCAPAIAN PROGRAM

 

ANJURAN

 

TARIKH DAN TEMPAT

 

BILANGAN PESERTA

 

ANGGARAN KOS