• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

MINGGU HALUAN SISWA (MHS) PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER I SESI 2014/2015

. Posted in Uncategorised

Minggu Haluan Siswa (MHS) pelajar baharu program sarjana muda semester 1 sesi 2014/2015 melibatkan 2,283 orang pelajar baharu telah dijayakan mulai 1 hingga 6 September 2014. Pelbagai acara telah dilaksanakan antaranya ialah taklimat-taklimat berkaitan pengajian akademik hal ehwal pelajar di samping sesi-sesi penceramah jemputan dari agensi luar seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Biro Tatanegara (BTN) dan Institut Wasatiyah Malaysia (IWM).

Aktiviti kesukarelawan dan kerja berpasukan juga diadakan seperti aktiviti gotong royong di setiap kolej kediaman Merdeka Campus Race melibatkan pejabat-pejabat di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Bagi mewakili Kepimpinan Kerajaan, Yang Berhormat Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan juga telah sudi memberikan amanat di dalam Majlis Bersama Kepimpinan Negara. Pelajar baharu juga bertuah kerana dapat bersama-sama bertemu dan mendengar amanat dari Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, YBhg. Tan Sri (Dr) Ir. Jamilus bin Md. Hussin, dan juga Naib Canselor UTHM, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin.

Kemuncak daripada program MHS ialah Majlis Penutup dan Malam Warisan Bangsa yang bertemakan Ekspirasi Anak Merdeka yang telah disempurnakan penutupannya oleh Naib Canselor UTHM, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin. Sebanyak 7 kumpulan persembahan mewakili 4 kolej kediaman iaitu Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, Kolej Kediaman Tun Fatimah, Kolej Kediaman Tun Syed Nasir dan Kolej Kediaman Perwira. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail telah berjaya memenangi tempat pertama di dalam persembahan Malam Warisan Bangsa membawa hadiah sebuah piala pusingan dan sebuah hamper. Pada majlis tersebut juga, telah diadakan penyerahan sumbangan Tabung Palestin hasil kutipan daripada staf UTHM, Sekretariat Pembantu MHS, ibubapa dan juga pelajar baharu UTHM sebanyak RM12,283.70 kepada Kelab Putera 1Malaysia yang diwakili Timbalan Presidennya Dato Mohd Farid bin Hassan.