• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

BICARA SISWA SEMANGAT PATRIOTISME : APA KATA GENERASI Y

. Posted in Uncategorised

 

Program Bicara Siswa : “Semangat Patriotisme : Apa Kata Generasi Y” telah dijayakan pada 19 November 2014 bertempat di Kafeteria Kolej Kediaman Tun Fatimah. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Empat orang pelajar UTHM telah dipilih untuk menjadi ahli panel Program Bicara Siswa tersebut iaitu saudara Muhammad Nur Hakim bin Nordin, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Muhammad Nur Annuar bin Mohd Yunos, wakil Badan Beruniform, saudari Alina Lee, wakil mahasiswi UTHM dan saudara Abdul Hannaan Bin Khairy, Timbalan Presiden Kelab Sahabat 1 Malaysia. Moderator ialah Engr. Ahmad Zulfadli bin Jusoh, Penolong Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Antara topik yang dibincangkan ialah Disini Lahirnya Sebuah Cinta, Jati Diri, Semangat Patriotisme, Sumbangan Generasi Y Kepada Negara dan Keyakinan Generasi Y Dalam Pembentukan Malaysia. Saudara Abdul Hannaan Bin Khairy telah dipilih sebagai Panel Terbaik dan membawa pulang sebuah piala dan sijil penghargaan. Program tersebut telah mendapat sambutan yang baik daripada pelajar UTHM dengan kehadiran lebih daripada 500 orang pelajar. 

Majlis Perasmian Program Bicara Siswa : “Semangat Patriotisme : Apa Kata Generasi Y” telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Ibrahim Bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia. Turut hadir YBhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).