• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

University Community Engagement (UCE) : Mini RTC Desa Temu Jodoh, Segamat

. Posted in Uncategorised

MPP DAN KOR SUKSIS JAYAKAN PROGRAM “UNIVERSITY COMMUNITY ENGAGEMENT” DI MINI RTC DESA TEMU JODOH

Seramai 95 mahasiswa UTHM yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar dan anggota Kor SUKSIS telah menjayakan program “University Community Engagement”(UCE) di Pusat Transformasi Luar Bandar (Mini RTC) Desa Temu Jodoh, Chaah pada 15 hingga 17 Mei 2014. Program tersebut dijayakan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Program ini merupakan satu daripada beberapa siri program UCE yang akan dilaksanakan oleh Universiti di beberapa Mini RTC terpilih peringkat negeri Johor yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan tujuan meningkatkan nilai-nilaikeusahawanan,kepimpinan,inovasi, warganegara cemerlang di kalangan mahasiswa di samping membantu meningkatkan tarafhidup masyarakatluarbandar.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang pemukiman pelajar di Desa Temu Jodoh termasuk aktiviti khidmat masyarakat, “English Learning” dan “Speed Memory” di SK Desa Temu Jodoh, pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti, sesi kerohanian oleh Pusat Islam UTHM dan juga aktiviti kebudayaan, sukan dan rekreasi bersama keluarga angkat serta masyarakat setempat.

Pada kemuncak program tersebut telah berlangsung Karnival Perasmian Mini RTC Desa Temu Jodoh dan pelancaran program UCE UTHM yang telah disempurnakan oleh ahli Parlimen Labis YB Datuk Chua Tee Yong. Turut sama hadir pada perasmian tersebut ialah Prof Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Pn Esah binti Markom, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Komuniti Info Desa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Cik Norazila binti Jamingin, Pengurus Mini RTC Desa Temu Jodoh.