• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5
Print

Jejak Menara Zon Selatan Tahun 2014

. Posted in Uncategorised

 

 JEJAK MENARA 2014 ZON JOHOR TARIK 650 PENYERTAAN

Program Jejak Menara 2014 bagi Zon Johor anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 15 Mac 2014 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail  telah berjaya menarik penyertaan kira-kira 650 peserta dari kalangan lepasan SPM dan STPM/STAM tahun 2013 di seluruh negeri Johor Darul Ta’zim. Penganjurannya bertujuan memberi pendedahan kepada peserta akan realiti kehidupan akademik di universiti di samping membentuk jati diri dalam mengharungi kehidupan pasca sekolah. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kasim telah sudi untuk hadir bagi pihak UTHM bagi merasmikan program tersebut dengan diiringi Dato’ Khairul Anwar bin Rahmat, Ahli Lembaga Pelaburan YADIM dan Encik Zamani bin Mohd Karulani, Pengarah Bahagian Kepimpinan Belia YADIM. Di samping taklimat prospek melanjutkan pengajian di UTHM oleh Dr. Suliadi Firdaus bin Sufahani dari Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan, penganjur juga telah membawa selebriti ikon Jejak Menara 2014 iaitu Fazli UNIC dan Diana Amir bagi mengendalikan sesi motivasi dan perkongsian pengalaman. Program turut dijayakan dengan penglibatan 40 orang pelajar UTHM sebagai fasilitator program Jelajah Kampus pada hari tersebut.

Jejak Menara 2014 Zon Johor merupakan satu dari beberapa siri Jejak Menara 2014 peringkat kebangsaan anjuran YADIM yang telah diadakan sepanjang bulan Mac 2014 di 14 IPTA terpilih dengan mensasarkan belia lepasan SPM dan STPM/STAM 2013 seluruh Malaysia.