Print

Pejabat Hal Ehwal Pelajar

HEP2 copy3

Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diluluskan penubuhannya pada 1 Januari 2003 oleh Jawatankuasa Eksekutif KUiTTHO yang bersidang pada 29 November 2002. Perubahan-perubahan ke atas fungsi dan struktur HEP telah berlaku dan pada 1 Februari 2017, unit-unit yang terdapat dalam Pejabat Hal Ehwal Pelajar adalah seperti berikut:

 

1) Unit Kebajikan Pelajar dan Pembiayaan Pengajian

2) Unit Pengurusan Aktiviti Pelajar

3) Unit Pentadbiran dan Kewangan 

4) Unit Aktiviti Kerohanian Pelajar

5) Unit Kebudayaan Kesenian dan Warisan

6) Unit Kebudayaan dan Seni Persembahan

7) Unit Tempahan Kenderaan

 

Pejabat Hal Ehwal Pelajar diterajui oleh Timbalan Pendaftar, sementara Penolong Pendaftar dan Pembantu Tadbir Kanan mengetuai unit-unit pentadbiran.