• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

Festival Konvokesyen Meriahkan Majlis Konvokesyen Ke 15 UTHM

. Posted in Uncategorised

Bersempena Majlis Konvokesyen Ke 15 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, YBhg. Tan Sri (Dr.) Ir. Jamilus Md. Hussin telah menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Konvokesyen (FESTKON 2015) yang telah diadakan pada 3 Oktober baru-baru ni bertempat di Padang Kawad, UTHM. 

 

Majlis Perasmian telah dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian dari pelajar Kelab Warisan UTHM, persembahan nyanyian dari artis jemputan Fikri Ceria Pop Star dan gimik perasmian serta pertunjukan bunga api itu telah menarik ramai pengunjung untuk mengunjungi tapak festival pada malam tersebut.

 

FESTKON 2015 kali ini berlangsung selama 6 hari dan dimeriahkan dengan pelbagai acara bermula dari 30 September hingga 5 Oktober 2015. Selain untuk memeriahkan suasana konvokesyen, festival ini diadakan bertujuan meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Bagi mempromosikan FESTKON 2015, pihak penganjur telah mengadakan program Riadah Berbasikal dan Bermotosikal Street Cup mengedarkan bahan promosi FESTKON 2015 di sekitar kawasan Parit Raja, Ayer Hitam, Yong Peng dan Bandar Batu Pahat.  

 

Lebih dari 140 gerai jualan kering dan basah telah dibuka untuk kemudahan pengunjung membeli belah. Pelbagai acara juga telah diadakan sepanjang penganjuran FESTKON 2015 tersebut. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah pameran dari agensi kerajaan, NGO dan swasta, program derma darah, Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Antara Kolej Kediaman, pertandingan mewarna pelajar Tadika KEMAS, senamrobik,  Ceramah Perdana dari Ustaz Haslin bin Baharim (Ustaz Bollywood) dan persembahan Nasyid.  

Sementara itu program berbentuk hiburan dan persembahan bakat juga turut tersenarai bagi memeriahkan lagi pesta konvokesyen kali ini. Antara acara yang diadakan ialah Pertandingan Karaoke, Road Tour Warner Music dan KKBox melibatkan artis seperti Ayai Ilusi, Maya Karin Awi Rafael dan ramai lagi. Turut diadakan ialah ‘Konsert Mini’ melibatkan persembahan artis seperti Kopratasa, Burnmark, Afiq AF5 dan Zack Astro Ceria Pop Star. Pelajar UTHM juga diberi peluang untuk mengadakan persembahan nyanyian dan monolog melibatkan Kelab Warisan UTHM. 

 

Sambutan yang menggalakkan setiap tahun daripada warga universiti dan masyarakat setempat telah mendorong jawatankuasa penganjurannya untuk terus komited menjadikan festival ini sebagai program tahunan yang ‘harus’ dilaksanakan.