• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

Program Volunteer Malaysia Tahun 2015 anjuran bersama IM4U dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, sempena Minggu Haluan Siswa Sesi 2015/2016

. Posted in Uncategorised

Program Volunteer Malaysia Tahun 2015 anjuran bersama IM4U dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sempena Minggu Haluan Siswa Sesi 2015/2016 telah diadakan pada 12 September 2015 bertempat di 10 lokasi terpilih di sekitar Parit Raja, Senggarang dan Rengit.
Program tersebut telah berjaya menarik penyertaan kira-kira 1500 sukarelawan dari kalangan pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan dan dijayakan bersama Majlis Perwakilan Pelajar UTHM bersama Jawatankuasa Pembantu Minggu Haluan Siswa. Penganjuran Volunteer Malaysia tersebut bertujuan untuk memberikan khidmat komuniti kepada masyarakat setempat di samping memberikan pengalaman dan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan aktiviti kesukarelawan dan kemasyarakatan.
Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Asri bin Selamat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) turut hadir program tersebut bagi memberikan sokongan moral kepada semua sukarelawan terlibat. Pelbagai aktiviti kesukarelawan telah dilaksanakan oleh mahasiswa dan mahasiswi UTHM antaranya ialah pembersihan bagi aktiviti pencegahan denggi, pembersihan kawasan perkuburan Islam, masjid, surau dan balai raya terpilih. Di samping itu, para sukarelawan juga berjaya melaksanakan kerja-kerja mengecat, melukis mural dan menceriakan lanskap di lokasi terpilih.
Beberapa agensi kerajaan juga telah terlibat dalam menjayakan program tersebut antaranya ialah Majlis Perbandaran Batu Pahat, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Jabatan Kesihatan Daerah Batu Pahat, Jabatan Bomba dan lain-lain. Program Volunteer Malaysia Tahun 2015 tersebut turut berlangsung serentak lebih daripada 40 lokasi terpilih di seluruh Negara. Semoga siri aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi memupuk semangan kesukarelawanan dan kemasyarakatan di kalangan mahasiswa UTHM

Disediakan oleh :

Pejabat Hal Ehwal Pelajar