• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

PENGANJURAN PROGRAM SEMBANG WARUNG HALAL IM4U SEMPENA MINGGU HALUAN SISWA (MHS) PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER I SESI 2015/2016

. Posted in Uncategorised

Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pihak IM4U telah berjaya menganjurkan Program Sembang Warung Halal sempena Minggu Haluan Siswa (MHS) pelajar baharu program sarjana muda semester 1 sesi 2015/2016 pada 3 September 2015 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim. 

Program Sembang Warung Halal ini adalah lokasi ke sepuluh yang telah dianjurkan oleh pihak IM4U dengan membawa tajuk Langkah Pertama. Tiga orang panel telah dijemput oleh pihak IM4U untuk membincangkan secara khusus berkaitan tajuk tersebut. Panel yang terlibat ialah Ustaz Halim Hafidz, Penasihat Agama IM4U yang merupakan pendakwa bebas terkenal dan dua orang panel yang merupakan selebriti terkenal iaitu saudara Fahrin Ahmad dan saudara Izzue Islam. Saudara John Bear yang merupakan juruhebah Radio IM4UFM telah dijemput sebagai moderator program tersebut.     

Program yang berkonsepkan bual bicara santai tersebut telah memberikan peluang kepada panel jemputan untuk memberikan nasihat dan pandangan dari sudut agama Islam serta perkongsian pengalaman dari selebriti jemputan berkaitan tajuk Langkah Pertama tersebut kepada para mahasiswa dan mahasiswi baharu. Turut diadakan sesi bergambar bersama selebriti jemputan melibatkan pelajar baharu dan Pembantu MHS.

Kerjasama yang erat antara pihak Universiti bersama pihak IM4U diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberikan pengisian yang baru dalam aturcara MHS untuk dimanfaatkan oleh pelajar baharu.

Disediakan oleh :

Pejabat Hal Ehwal Pelajar