• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

MINGGU HALUAN SISWA (MHS) PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER 1 SESI 2015/2016

. Posted in Uncategorised

Tanggal 1 September 2015 merupakan satu detik baru bagi pelajar pelajar baharu yang mendaftar sebagai mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pendaftaran pelajar baharu melibatkan beberapa kolej antaranya Kolej Kediaman Tun Syed Nasir, Kolej Kediaman Tun Fatimah, Kolej Kediaman Tun Dr Ismail, dan Kolej Kediaman Perwira.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima 2445 pelajar baharu. Pecahan jantina antara lelaki dan perempuan masing masing 1113 dan 1332. Jumlah yang dicatatkan adalah cukup besar dan antara program universiti yang utama. Pelajar akan mengikuti Minggu Haluan Siswa (MHS) selama 5 hari bermula 1 September. Para pelajar akan mengikuti kursus di lapan fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,  Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan dan Fakulti Teknologi Kejuteraan.

Pada Minggu Haluan Siswa kali ini juga dihadiri oleh Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein merangkap Menteri Mentor dan juga Menteri Pertahanan Malaysia. Seperti kebiasaaan, Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr Mohd Noh Dalimin bersama pimpinan tertinggi university juga menghadirkan diri semasa sesi pendaftaran dan slot yang dikhaskan untuk mereka.

Jutaan terima kasih daripada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar kepada para ibu bapa, keluarga dan fasilitator serta yang membantu secara lagnsung mahupun tidak langsung di dalam Minggu Haluan Siswa serta tahniah diucapkan kerana terpilih menjadi warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia – Technically Above the Rest.