• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA SEKOLAH (CIPS) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2015

. Posted in Uncategorised

CIPS KPS Tahun 2015 yang diadakan pada 8 dan 9 April 2015 berbentuk explorace dengan lokasi di Dewan Tunku Mahkota Ismail serta sekitar kampus UTHM merupakan cabaran interaktif yang menguji kecekapan dan pengetahuan pelajar berkaitan aspek perundangan pengguna, pemakanan sihat, alam sekitar dan pengurusan kewangan.

Program tahunan ini yang pernah diadakan di UTHM pada tahun yang lepas pada 7 dan 8 April 2014 telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Negeri Johor (KPDNKK) dengan kerjasama UTHM dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor(JPNJ). Ia melibatkan penyertaan ahli-ahli Kelab Pengguna daripada 30 buah sekolah negeri Johor dengan 120 orang pelajar dan 30 orang guru pengiring.

Program CIP KPS ini adalah berbentuk explorace yang mengandungi 5 check point. Setiap check point mempunyai modul tersendiri dan dibangunkan secara bersama di antara KPDNKK dan kementerian-kementerian berkaitan. Lima (5) checkpoint ini iaitu Pengguna Bijak, Pengurusan Kewangan, Alam Sekitar, Pemakanan Sihat dan Pengukuhan Kumpulan.

Perasmian CIP KIPS disempurnakan oleh Pengarah KPDNKK Negeri Johor, Encik Nor Nekman Jaimon. Turut hadir Encik Yasman bin Jamsir, Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan JPNJ dan Encik Azlan bin Wanti, Ketua Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM. Pertandingan ini telah dimenangi oleh SMK Maahad, Muar dengan hadiah wang tunai RM1,000.00 beserta hamper makanan. Peserta yang berjaya dalam pertandingan ini akan mewakili negeri Johor untuk bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 21 hingga 23 April di Putrajaya.

Melalui program ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan universiti dengan agensi luar dan secara tidak langsung dapat menaikkan imej universiti dengan penganjuran program sebegini.