• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

MINGGU HALUAN SISWA (MHS) PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER II SESI 2014/2015

. Posted in Uncategorised

 

MINGGU HALUAN SISWA (MHS) PELAJAR BAHARU PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER II SESI 2014/2015

Minggu Haluan Siswa (MHS) pelajar baharu program sarjana muda semester II sesi 2014/2015 melibatkan 607 orang pelajar baharu telah dijayakan mulai 15 hingga 17 Februari 2015. Pendaftaran program telah diadakan pada 15 Februari 2015 di bangunan F2 diikuti dengan pendaftaran kolej kediaman.

Pelbagai acara telah dilaksanakan antaranya Bersama Pengetua Kolej Kediaman, Taklimat Badan Beruniform oleh Pusat Kokurikulum, Bersama Dekan dan Penasihat Akademik serta taklimat berkaitan fungsi-fungsi utama Pusat Tanggungjawab yang berkaitan. Di samping itu, Taklimat dan Dialog Wakil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) turut diadakan.

Aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) juga diadakan melibatkan fasilitator di kalangan Pembantu MHS bersama pelajar-pelajar baru dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk memberikan bimbingan dan motivasi serta merapatkan ukhwah antara pelajar baharu dan pelajar kanan.

Turut diadakan ialah sesi bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Profesor Dr. Hashim bin Saim, dan taklimat peraturan akademik serta sesi bersama Keluarga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).  

Bagi mewakili Naib Canselor UTHM, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim telah menyampaikan amanat dan memperkenalkan semua pegawai kanan Universiti kepada semua pelajar baharu di dalam slot Bersama Kepimpinan Universiti.

Sebagai inisiatif membantu mangsa bencana banjir yang berlaku di Pantai Timur akhir tahun lepas, Majlis Perwakilan Pelajar UTHM dan Jawatankuasa Pembantu MHS telah mengadakan kutipan derma kilat semasa tersebut pendaftaran tersebut di samping mendapatkan maklumat pelajar baharu yang terlibat dalam bencana berkenaan.