• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

Program Khidmat Masyarakat Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh, Gua Musang - HEPA/MPP/SISPA

. Posted in Uncategorised

111 sukarelawan Mahasiswa UTHM- MPP & SISPA, 38 Staf dari HEPA, JPAM & Bahagian Fasiliti UTHM sertai Misi Bantuan Pasca Banjir di Gua Musang, Kelantan

Bagi meneruskan usaha membantu mangsa banjir, Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kesihatan Universiti dan Bahagian Fasiliti Harta Bina bersama sukarelawan yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Misi Bantuan Pasca Banjir di Gua Musang, Kelantan pada 26 hingga 28 Februari lalu.

Misi yang melibatkan 111 sukarelawan kali ini menfokuskan bantuan di Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh Gua Musang yang rosak teruk akibat banjir melibatkan kerja-kerja mengecat bilik darjah, surau dan blok pra sekolah serta pembersihan lumpur kuaters guru. 

Misi ini turut mendapat kerjasama yang baik dari guru-guru Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) daerah Gua Musang dan juga anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Gua Musang.

Di samping itu, ia juga melibatkan aktiviti pemulihan semula bekalan kuasa elektrik di samping menukar lampu dan kipas yang rosak. Turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan oleh doktor perubatan PKU melibatkan semua pelajar dari dari darjah 1 hingga darjah 6. Pihak PKU juga telah mengadakan pemeriksaan kesihatan melibatkan penduduk Kampung Pasir Tumbuh bertempat di perkarangan Masjid Kampung Pasir Tumbuh dan mendapat sambutan yang sangat baik.   

Misi bantuan pasca banjir yang melibatkan sukarelawan yang diketuai oleh MPP dan SISPA ini juga sedikit sebanyak membantu meringankan beban guru Sekolah Kebangsaan Pasir Tumbuh dengan memulihkan bilik darjah di aras bawah yang berkeperluan segera melibatkan murid Tahun 1 dan Pra Sekolah. Bantuan kemanusiaan seumpama ini diharapkan akan dapat diteruskan di masa yang akan datang.