• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015

. Posted in Uncategorised

Penamaan calon bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Sesi 2014/2015 yang diadakan pada 3 Disember 2014 telah menyaksikan 19 calon umum dan 35 calon fakulti mengemukakan pencalonan masing-masing bagi merebut 11 kerusi umum dan 22 kerusi fakulti. Sebaik sesi pencalonan ditutup, calon-calon bagi Pusat Pengajian Diploma memenangi 3 kerusi yang diperuntukkan tanpa bertanding. Hari pengundian pula telah diadakan pada 8 Disember 2014 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail dan di 12 pusat pengundian lain di fakulti-fakulti dan kolej-kolej kediaman pelajar. Pada tahun ini, cabutan bertuah disediakan dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti telefon bimbit, komputer tablet, perkakasan dan peranti telekomunikasi dan sebagainya.