• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

MAHASISWA UTHM JAYAKAN MINGGU SUKARELAWAN NEGARA SEMPENA HARI SUKARELAWAN DUNIA 2015

. Posted in Uncategorised

Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MASKUM) telah mengadakan tiga program utama pada Minggu Sukarelawan Negara sempena Hari Sukarelawan Dunia 2015 dari 10 Disember sehingga 12 Disember 2015 melibatkan penyertaan lebih 180 orang sukarelawan di kalangan pelajar UTHM.

Program pertama ialah Program Mahasiswa UTHM MASKUM Curah Bakti yang telah diadakan pada 10 hingga 12 Disember 2015 melibatkan penyertaan 80 orang sukarelawan di kalangan pelajar UTHM bertempat di Kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat dan Kampung Palembang Baru, Kluang, Johor. Program usahasama ini melibatkan penyertaan dari Kelab Sukarelawan UTHM, Kelab Pelajar Awam dan Kelab Sahabat 1Malaysia (Anak Negeri Johor dan Anak Negeri Perak). Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Asri bin Selamat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) turut hadir semasa majlis pelepasan peserta program. Antara program yang dilaksanakan ialah ramah mesra bersama keluarga angkat, program gotong royong pembersihan surau, masjid dan kawasan perkuburan Islam, program keagamaan, motivasi dan LDK, lawatan sekitar kampung, sukaneka, mempelajari budaya dan adat Johor dan sebagainya. Program  Mahasiswa UTHM MASKUM Curah Bakti ini telah mendapat respon yang baik daripada masyarakat setempat.

Program kedua ialah Program Save Our Mangrove/Penanaman Pokok dan Pembersihan Pantai yang telah diadakan pada 10 Disember 2015 melibatkan penyertaan 60 orang sukarelawan di kalangan pelajar UTHM bertempat di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian, Johor. Program usahasama ini melibatkan penyertaan dari Kelab Sahabat 1Malaysia. Antara program yang dilaksanakan ialah sesi ceramah berkaitan kepentingan paya bakau, penanaman anak pokok paya bakau,  pembersihan kawasan persekitaran Taman Negara Tanjung Piai dan lawatan sekitar Taman Negara Tanjung Piai.

Program ketiga ialah Program Sentuhan Kasih Baitul Hanan yang telah diadakan pada 12 Disember 2015 melibatkan penyertaan 40 orang sukarelawan di kalangan pelajar UTHM bertempat di Rumah Kebajikan Baitul Hanan, Batu Pahat, Johor. Program usahasama ini melibatkan penyertaan dari Kelab Penyayang UTHM. Antara program yang dilaksanakan ialah penyampaian sumbangan kepada anak yatim, sesi ramah mesra, LDK dan motivasi serta sesi gotong royong. 

Semoga siri aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi memupuk semangan kesukarelawanan dan kemasyarakatan di kalangan mahasiswa UTHM

Disediakan oleh :

Pejabat Hal Ehwal Pelajar 

Disember 2015