• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

Majlis Anugerah Pelajar (MAP 2014) UTHM

. Posted in Uncategorised

Bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar, persatuan dan kelab yang menunjukkan prestasi cemerlang, satu Majlis Anugerah Pelajar (AP 2014) anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar bersama dengan Pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) di bawah HEPA telah diadakan pada 8 Mei lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM. Selain memberi penganugerahan dan pengiktirafan di peringkat universiti kepada para pelajar yang telah bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum, beberapa kriteria baru juga ditekankan dalam menilai pencalonan yang dikemukakan iaitu tahap impak hasil daripada penganjuran sesuatu program selain keupayaan menjana sumber kewangan bagi membiayai pelaksanaan aktiviti tersebut.

Melalui majlis ini ia dapat memberi sokongan dan dorongan kepada persatuan/kelab untuk meningkatkan lagi prestasi persatuan / kelab masing-masing dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, pelaksanaan program serta pembangunan ahli. Majlis yang bertemakan budaya tradisional mempertandingkan sebanyak 15 kategori iaitu Anugerah Program Terbaik (Akademik), Anugerah Program Terbaik (Rekreasi), Anugerah Program Terbaik (Khidmat Masyarakat/Sosial/Kebajikan), Anugerah Program Terbaik (Kebudayaan dan Kesenian), Anugerah Program Terbaik (Latihan dan Kepimpinan), Anugerah Program Terbaik (Keusahawanan), Anugerah Program Terbaik (Inovasi), Anugerah Pemimpin Harapan, Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik, Anugerah Pemimpin Pertubuhan Pelajar Terbaik, Anugerah Pengarah Program Terbaik, Anugerah Pasukan Kebudayaan Terbaik dan Anugerah Seni Budaya Terbaik. Malam tersebut juga menyaksikan penyampaian Anugerah Rakan HEPA dan Anugerah Khas TNC (HEPA) di mana pelajar dipilih oleh Ketua- ketua PTJ dibawah HEPA dan Timbalan Naib Canselor HEPA berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu.  Turut berlangsung pada malam tersebut adalah penyampaian watikah Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2014/2015 yang diketuai oleh Yang DiPertua MPP, Abdul Hannaan Khairy. Bagi memeriahkan lagi majlis, Anugerah 'Best male/female Dress' juga diberikan pada pelajar yang hadir pada majlis tersebut. Setiap pemenang pada majlis tersebut membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi, sijil penghargaan, wang tunai dan hadiah iringan. Seramai 400 tetamu telah hadir ke majlis tersebut termasuk wakil-wakil persatuan pelajar, kolej-kolej kediaman, pasukan beruniform dan pegawai-pegawai universiti. Majlis dimeriahkan lagi dengan iringan nyanyian solo, persembahan kugiran dan pementasan Teater "Dato' Onn" dari Unit Kebudayaan Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar (P3P),UTHM.

Penganjuran majlis Anugerah Pelajar ini dapat memberi ruang pada pelajar untuk terus bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum bagi melahirkan mahasiswa yang holistik dan seimbang sejajar dengan Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Disediakan oleh :

Pejabat Hal Ehwal Pelajar