• Employability5
  • Facilities5 1
  • UTHM QS4StarInstitution Overall4Star2018
  • Inclusiveness 5 star
  • socresp5

Articles

Print

Program Seminar Dan Pengurusan Organisasi pelajar 2015

. Posted in Uncategorised

Program Seminar Pengurusan Organisasi Pelajar 2015 yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar telah diadakan pada 2 hingga 4 April 2015 bertempat di Hotel Sentral, Johor Bahru. Seramai 100 orang pelajar mewakili kelab/persatuan pelajar, badan beruniform dan jawatankuasa kolej kediaman hadir di seminar tersebut.

Seminar dimulakan dengan taklimat berkaitan Garis Panduan Pengurusan Aktiviti Pelajar dan juga berkaitan Pekeliling Universiti yang sedang berkuatkuasa yang disampaikan oleh Encik Azlan Wanti, Ketua Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Di samping itu, taklimat sistem transkrip aktiviti pelajar dan sistem permohonan aktiviti kelab dan persatuan pelajar secara online telah disampaikan oleh Puan Shaharizad Shahrir dan Encik Rosmaini Miftah dari Pusat Teknologi Maklumat.

Para peserta juga telah diagihkan dalam kumpulan kecil bagi simulasi aktiviti persatuan yang berimpak tinggi dengan membentangkan kertas cadangan dan laporan program berdasarkan tajuk-tajuk seperti mobiliti pelajar ke luar negara, simposium pelajar antarabangsa dan bantuan bencana alam. Bagi setiap sesi pembentangan, setiap kumpulan telah diberikan ulasan dan cadangan penambahbaikan secara langsung oleh pegawai-pegawai Pejabat Hal Ehwal Pelajar beserta peserta seminar.

YBhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Pengurusan Organisasi Pelajar 2015 dengan diiringi oleh Encik Azlan bin Wanti, Ketua Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Turut hadir ialah saudara Abdul Hannaan Bin Khairy, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UTHM dan saudara Muhammad Shahir Bin Sharifudin Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang bertindak sebagai Pengarah Sekretariat Pelajar bagi program ini. Majlis diserikan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang kumpulan. Secara umumnya pelaksanaan program ini adalah berjaya dan dirancangkan program ini dapat ditaqwimkan sebagai program tahunan HEPA.

Disediakan oleh :

Pejabat Hal Ehwal Pelajar